Monday, February 11, 2008

Pengamatan Arca Awam


PENGALAMAN DI CHINA YANG BERMAKNA


ROSLI ZAKARIA, pengarca terkemuka negara, atau di kenali sebagai Koordinator Program Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Melaka, telah di pilih untuk menyertai‘The 8thChancung China International Sculpture Symposium’ yang ulung kalinya berlangsung pada 23 Julai hingga 5 September 2006 yang lalu. Beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia ioleh pihak penganjur symposium tersebut berdasarkan keunggulan karya seni arca ciptaannya yang bersifat realistik dan bercirikan budaya tempatan. Pengalaman yang dilalui selama lebih kurang 45 hari itu merupakan suatu yang sangat bermakna bagi Rosli.
Turut serta dalam symposium ini ialah 44 orang pelukis dan pengarca dari seluruh negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia, Brunei, Serbia, Congo, Montenegero, dan beberapa negara lain. Simposium yang berlangsung ini adalah siri ke-8 yang telah dimulakan oleh Bahagian Teknologi dan Pembangunan Bandar Changcung seawal tahun 1997.




ARCA yang dipamerkan sempena majlis penutup Simposium arca Antarabangsa Ke-8, di Changcung, China.



Simposium ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Bandaraya Chancung sebuah bandaraya Arca yang terkenal di dunia. Sepanjang 45 hari berkampung di bandaraya ini, peserta telah diminta untuk menghasilkan arca yang beridentitikan ikon budaya negara masing-masing.
Disini, Rosli turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ekspresi dan keindahan budaya dan keharmonian negara dengan arcanya bertajuk ‘People Power’. Arca yang berukuran 3 meter tinggi dan lebar yang dibuat menggunakan bahan gangsa itu menggarap indah imej tangan yang sedang memegang Keris Pekaka bersarung yang dijulang ke langit sebagai lambang terhadap kuasa dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.


Selain dari berkarya, program bicara seni juga telah diadakan di mana peserta telah membentangkan perkembangan seni arca negara masing-masing. Di sini Rosli telah berjaya membentangkan kertas kerja berkenaan perkembangan seni lukis dan seni arca di Malaysia. Berdasarkan respons perserta Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang maju dalam persada seni lukis dunia.



SEDANG membersihkan arca setelah dicantumkan daripada acuan.

Di akhir symposium, sebanyak 49 arca telah dihasilkan oleh 44 orang pengarca luar dan termasuk 5 pengarca tempatan. Dengan berakhirnya symposium siri ke-8 ini juga bermakna Changcung telah memiliki dan mempamerkan 390 buah arca hasil dari 345 orang pelukis dari 172 buah negara termasuk 20 negara luar yang tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan China.



ROSLI dan pengarca dari Brunei, Libya dan Virgin Island bergambar bersama imam (berdiri di tengah) masjid Changcung China.



Sebagai seorang pengarca yang bakal menghias persada seni lukis dan seni arca tanah air, pengalaman ini sangat bermakna bagi Rosli, dan sesungguhnya beliau telah mengharumkan lagi nama UiTM dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.Syabas.

1 comment:

The Artlabotary said...

Bagus....teruskan usaha anda...
terjah la blog aku...
www.aswatstudio-mystudio.blogspot.com